Pages

Selamat Datang

Salam Sejahtera,

Selamat datang diucapkan kepada semua yang melawat Keterangan Hidup.

Keterangan Hidup membawakan kepada anda semua, pelbagai perkara berkisar hidup manusia di dunia ini. Menceritakan pelbagai ragam manusia yang kita dapat lihat dan pasti dapat mempelajari sesuatu yang dari pemerhatian kita.

Mungkin anda pernah melalui atau megetahui perkara yang ada dalam Keterangan Hidup, namun adalah baik andai kita berkongsi bersama-sama agar kita dapat menjadi seperti satu tubuh yang sempurna. Tubuh yang saling memperlengkapi antara satu sama lain dan menjadi 'tubuh' yang sempurna.

Semoga apa yang anda cari-cari dapat ditemukan di Keterangan Hidup dan KH (Keterangan Hidup) berharap anda terus bersama-sama dengan KH dan menantikan banyak lagi perkongsian yang menambahkan lagi keterangan hidup saudara dan saudari.

Keterangan Hidup..

Thursday, August 12, 2010

Gosip

Berjus, Rangup dan panas! Kekuatan kata-kata

Hidup dan mati bergantung kepada kekuatan lidah. Apa yang kita katakan kepada seseorang boleh memperbaiki akhlak, menguatkan, menggalakkan mereka untuk mencapai tahap yang baru atau benar-benar menghancurkan mereka dan menghantar mereka ke lubang kemelesetan yang terdalam. Itulah sebabnya perkara yang paling dikesali untuk di dengar ialah kata-kata orang tua kepada anak-anak mereka, atau suami mendera isteri mereka secara lisan, atau guru memarahi pelajarnya secara umum sehingga mereka sangat malu. Kesannya adalah buruk tetapi kita sering tidak menyedarinya. Kata-kata akan bermain dan terus bermain semula dalam fikiran kita, berulang-ulang sehingga lama-kelamaan ia menjadi identiti kita dan apa yang pada mulanya adalah sebuah pembohongan berubah menjadi apa yang kita percayai daripada diri kita sendiri.

Saya pernah mendengar seorang penceramah memberikan ceramahnya di tempat tertentu, ramai yang mengucapkan tahniah kepadanya selepas memberikan ceramah. Namun, salah seorang daripada mereka datang kepadanya dan mengatakan beberapa hal-hal yang tidak baik dan kata-kata itu telah mengalahkan semua pujian yang telah diterimanya pada hari itu. Entah bagaimana otak kita telah sering membenarkan kata-kata yang tidak baik untuk tinggal dalam fikiran kita dan membiarkan perkataan itu untuk meresap sangat dalam di fikiran kita.

Kata-kata boleh melukakan, kata-kata boleh membunuh. Namun satu aspek kehidupan sosial yang boleh membunuh keperibadian, sifat dan meruntuhkan hubungan dengan sangat berkesan adalah gosip. Oh, menyeleweng dan kata-kata yang merendah orang lain begitu mudah keluar dari bibir kita, tapi adalah tidak mungkin untuk menariknya kembali. Mereka menembusi jantung sesiapa yang mendengar, membina perasaan dendam, muak, marah, nafsu atau olok-olok, atau mereka memelihara anggapan yang tidak benar tentang personaliti mereka yang menjadi mangsa.

1. Gosip tidak berdasarkan kepada kebenaran secara 100%

Pertama sekali, gosip adalah laporan daripada sebuah fakta antara dua individu atau lebih mengenai pihak ketiga. Menurut definisi, gosip terutamanya khabar angin atau fakta dari seorang peribadi, sensasi atau hubungan intim orang yang ketiga. Hal-hal ini ditimbulkan untuk mencipta suasana perbincangan di dalam kumpulan tentang sifat dan gaya hidup orang yang ketiga. Umumnya, mengatakan satu fakta tentang orang yang tidak bersalah akan menyebabkan nama baik orang yang ketiga tercemar.

2. Gosip lahir dari niat yang jahat.

Lidah boleh digunakan untuk memajukan atau meruntuhkan. Dalam kes gosip, kesannya cukup jelas, bukan? Dikatakan "dari hati yang penuh melimpah, mulut berbicara." Apa sahaja yang keluar dari mulut kita yang tidak meneguhkan hati, ia mendedahkan hati yang penuh dengan perasaan jahat. Kita semua bersetuju bahawa kasih adalah kebajikan terbesar melebihi semua, oleh kerana itu tindakan yang tidak dilakukan di bawah panji-panji kasih akan gagal dalam ujian kebenaran. Jika kita tahu bahawa perkara itu tidak baik mengapa kita melakukannya?

3. Gosip tidak memanfaatkan sesiapa

Selain itu, gosip benar-benar memberi kesan kepada ketiga-tiga pihak yang terlibat: orang yang memulakannya, orang yang mendengar dan mengambil bahagian dan orang yang merupakan objek dalam gosip. Sesuatu kejahatan terjadi ketika dua orang datang bersama-sama berbicara tentang orang lain. Terdapat persetujuan dalam alam roh untuk memusnahkan identiti orang ketiga.

Mari kita melukis satu senario: Uzma berbicara kepada Nor tentang Azira. Setakat itu Nor tidak mempunyai perasaan tidak baik kepada Azira. Dia tidak mengenalinya dengan baik, mereka hanya kenalan biasa. Ketika Uzma "menkongsikan" suatu fakta tentang Azira, Nor mula melihat kembali pendapatnya tentang Azira dengan maklumat baru yang dia baru dapat. Samaada maklumat tersebut benar atau salah, pendapatnya akan tercemar dan ini akan membahayakan hubungannya dengan Azira sehingga dia mengetahui kebenar tentang Azira dan menghilangkan perasaan sakit hati terhapad Azira yang Nor telah terima dari gossip Uzma. Azira, tidak tahu semua ini terjadi di belakangnya, mungkin merasa canggung bahawa hubungan denga Azira berubah tanpa alasan yang jelas. Jika Azira adalah seorang yang sensitif, dia mungkin menjauhkan diri dari Nor dan mula bertanya kepada diri sendiri soalan-soalan yang mungkin menyebabkan dia lebih rendah diri, rasa bersalah, atau apa pun kesakitan hati tentang dirinya sendiri. Kata-kata membunuh ...

4. Menggunakan lidah kita dengan baik

Saya mendorong semua diantara kita untuk berfikir dua kali sebelum kami terlibat dalam perbualan dengan seseorang tentang orang ketiga. Bagi diri saya, perasaan buruk terhadap seseorang akan terus bertumbuh jika saya terlibat dalam gosip tentang mereka. Dan tidak ada faedahnya bagiku.

Jika Tuhan ingin mendedahkan pada tubuh saya tentang keburukan tindakan saya, pasti saya akan malu untuk pergi keluar. Biarlah kata-kata dari mulut kita dan renungan hati kita boleh diterima-Nya, kerana Dia melihat kita. Jika kita membunuh dengan kata-kata, kita bersalah seperti membunuh dengan tangan kita. Mari kita gunakan lidah kita untuk mengatakan perkara yang baik tentang orang lain: kita boleh menukar perbualan gosip berubah menjadi lebih baik baik dengan tidak memedulikannya atau mengatakan "kawanku, saya lebih suka tidak bercakap dengan cara seperti ini atau tentang orang itu” . Adakah itu tidak lebih baik? Dalam masyarakat kita hari ini, kami agak telah hilang rasa hormat. Mari kita kembali untuk menjaga maruah diri kita dan kawan-kawan kita melalui kata-kata yang bermakna sesuai pada masanya.



No comments:

Post a Comment