Pages

Selamat Datang

Salam Sejahtera,

Selamat datang diucapkan kepada semua yang melawat Keterangan Hidup.

Keterangan Hidup membawakan kepada anda semua, pelbagai perkara berkisar hidup manusia di dunia ini. Menceritakan pelbagai ragam manusia yang kita dapat lihat dan pasti dapat mempelajari sesuatu yang dari pemerhatian kita.

Mungkin anda pernah melalui atau megetahui perkara yang ada dalam Keterangan Hidup, namun adalah baik andai kita berkongsi bersama-sama agar kita dapat menjadi seperti satu tubuh yang sempurna. Tubuh yang saling memperlengkapi antara satu sama lain dan menjadi 'tubuh' yang sempurna.

Semoga apa yang anda cari-cari dapat ditemukan di Keterangan Hidup dan KH (Keterangan Hidup) berharap anda terus bersama-sama dengan KH dan menantikan banyak lagi perkongsian yang menambahkan lagi keterangan hidup saudara dan saudari.

Keterangan Hidup..

Thursday, August 12, 2010

Ahli Falsafah Jalanan

Makna kehidupan di mata pelumba haram 

Mat Rempit 

Adalah sangat menghairankan apabila setiap kali kita berkata tentang ‘Mat Rempit’, kita tidak akan gagal untuk mengatakan sesuatu tentang fenomena yang melanggar peraturan ini. Terfikir untuk menjadi seorang yang berani mati dan pemberontak yang layak dikagumi atau dianggap membuang masa dan hidup oleh orang lain. Duduk bersama seorang lelaki berumur yang baik , dia menjemput saya untuk minum di rumahnya. Saya tidak akan dapat melupakan apa yang dia telah beritahu kepada saya sambil memegang gelas yang ada di tangan saya dengan baik, berlagak tidak terkejut dengan kenyataannya. “kacang hijau, itu yang menghentikannya, kacang hijau”,namun masa telah tiba apabila lelaki ini dan isterinya tidak lagi dapat menahan ngauman enjin 2 lejang yang menyebabkan mereka tidak dapat tidur sepanjang tiga minggu. Akhirnya, pada suatu subuh, kira-kira jam 3 pagi, dia memutuskan untuk menghentikan ganguan itu selama-lamanya. Dia menaburkan kacang hijau di bahagian jalan yang digunakan oleh mat rempit, menyebabkan pelumbaan yang berkelajuan 130 kilometer per jam itu berakhir ketika mereka melintasinya.

Ketika dia menceritakan  peristiwa ini, dia agak kecewa kerana pelumba-pelumba ini hanya cedera parah dan tidak mengalami kehilangan nyawa. Saya tidak dapat bayangkan jika dia betul-betul berfikir bahawa nyawa pelumba-pelumba ini sangat murah seperti miliknya sendiri. Pernahkah kamu berhenti dan memikirkan tentang pelumba-pelumba ini ketika anda berasa jijik dan mengutuk mereka, dan memikirkan bagaimana mereka yang sebenarnya. Ya, melebihi apa yang dilaporkan dalam surat kahbar, dan apa yang kamu lihat sendiri atau menyuntik dadah yang mereka beli dengan memaksa teman wanita mereka ditiduri oleh orang yang menjual dadah. Di sebalik kesan hidup yang longgar dan kemoralan yang rendah yang menyebabkan seseorang bertindak seperti haiwan. Kamu mungkin berkata, “adakah betul-betul ada sesuatu di sebalik semua yang mereka lakukan?

Benarkan saya menerangkan kepada kamu bahawa di sebalik semua kejahatan yang sering dikaitkan dengan Mat Rempit, terdapat fikiran logik dan rasional atau gaya hidup yang membawa muda mudi ini kepada jalan hidup mereka. Kerana kita semua tahu kebolehan dan kebebasan untuk memilih. Sama ada ia tidak terlepas dari ketetapan atau peraturan yang di bentuk oleh moral masyarakat atau dengan senang berserah kepada naluri kemanusiaan untuk memuaskan diri dan bartahan. Inilah yang saya percayai perkara yang memisahkan manusia dengan ciptaan yang lain dan menjadikan semua manusia mempunyai nilai yang sama. Walaupun melalui pemerhatian kita boleh melihat kejahatan yang membezakan manusia lebih dari perkara lain, semua manusia termasuk mat rempit mempunyai pilihan untuk hidup dengan budi pekerti yang baik.
Jadi mengapa mat rempit hidup seperti itu? Apakah logiknya disebalik pilihannya untuk hidup dengan melakukan perkara tanpa memikirkan akibatnya?

 Saya percaya di sebalik tekanan rakan sebaya dan rembesan adrenalin, muda mudi ini mempunyai falsafah yang sama dengan raja yang paling bijak pernah hidup, Raja Sulaiman. Tidak dapat dipercayai, dalam ucapannya yang paling dikenali, yang di tulis pada penghujung riwayatnya, Raja ini yang mempunyai kekayaan dan pengaruh yang tidak terkalahkan, membuat pertimbangan yang waras tentang kehidupan. Dia berkata semua kesusahan yang dihadapi dari lahir samapi mati, mempunyai angkatannya, nilai yang sementara dibandingakan dengan kematiannya. Kerana seseorang tidak akan memiliki semua selama-lamanya dan akan meninggalkannya apabila dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jadi semua kerja keras yang dilakukan untuk mendapatkan kekayaan, keamanan, kesihatan, pengaruh dan kepuasan, tidak akan dapat melebihi realiti kematian. Dalam skim perkara yang besar, jika seseorang telah menghabiskan seumur hidupnya dan tenaganya tanpa meluangkan masa untuk berfikir apa yang dimilikinya, Raja Sulaiman mengatakan bahawa itu adalah kesia-siaan.

Ketika dia menghidupkan enjin pada permulaan perlumbaan, mat rempit telah mempertimbangkan hidupnya dan semus pendiriannya. Dan ketika dia berlumba di jalan raya, dia yakin bahawa dia betul-betul hidup. Terdapat kebebasan pada minit-minit ketika dia melakukan perkara tanpa memikirkan akibat. Malam itu mungkin adalah satu hayat berkerja melalui hierarki korporat dengan berharap untuk mencapainya tetapi tidak pernah mengalaminya, mat rempit sanggup mengambil risiko terhadap nyawanya sendiri untuk malam demi malam, menjadikan dia tidak akan lupus .. jika hanya untuk beberapa ketika.

Jadi adakah perkara ini yang saya bela untuk kehidupan yang tidak mengambil kira akibatnya? Tidak sama sekali… Raja Sulaiman sendiri berkata bahawa (termasuk episode rembesan adrenalin) dengan tujuan mencari makna hidup adalah kesia-siaan.
Adalah baik untuk kita renungkan tentang falsafah yang mat rempit telah gunakan untuk hidupnya (tetapi dalam budi pekerti yang tidak seimbang). Ini adalah kenyataan kita yang mengejar sesuatu dalam kehidupan melalui kesibukan kita menurut system yang dicipta oleh dunia. Sama ada pelajaran, tuntutan social atau matriks korporat, masa dan masa mesti berlalu, berhenti dan nikmatilah apa yang Tuhan telah berikan kepada kita. Perkara itu yang kita tidak akan capai melalui kekuatan dan pemikiran kita sendiri, keluarga, kesihatan dan keindahan ciptaan dan di atas segalanya si Pencipta yang telah mencipta segalanya termasuk setiap halangan yang kita sering risaukan. Tuhan memahaminya dan mampu menyelamatkan kita.

Mat rempit bukanlah model penduduk yang baik dan bukan contoh yang baik untuk hidup yang seimbang, tetapi dia hidup dengan sepenuhnya dalam mindanya. Dia tidak perlukan pion rujukan yang baru. Dia tidak perlu mempertimbangkan semua nilai hidupnya. Prospek hubungan seperti itu, pengalaman dan pertemuan dari Tuhan menunggu dia bahawa dia jauh dari setiap sudut yang diambil dan setiap kehidupan yang dirosakkan dan disalahgunakannya. Mungkin juga dia memerhatikan kita yang bertanggungjawab, yang ‘benar’ dan apa yang dia lihat hanyalah ketidakpuasan. Adakah kita puas hati dengan semua yang Tuhan telah berikan kepada kita? Adakah kta mengambil maa untuk bersyukur kepada Tuhanuntuk semua yang telah dia lakukan untuk kita dan melalui kita? Mungkin hanya dengan itu kita kan dapat mendekati mereka yang memberontak ini, dan melihat disebalik kesusahan luaran dan memberitahu perkara yang mereka telah terlepas.

No comments:

Post a Comment