Pages

Selamat Datang

Salam Sejahtera,

Selamat datang diucapkan kepada semua yang melawat Keterangan Hidup.

Keterangan Hidup membawakan kepada anda semua, pelbagai perkara berkisar hidup manusia di dunia ini. Menceritakan pelbagai ragam manusia yang kita dapat lihat dan pasti dapat mempelajari sesuatu yang dari pemerhatian kita.

Mungkin anda pernah melalui atau megetahui perkara yang ada dalam Keterangan Hidup, namun adalah baik andai kita berkongsi bersama-sama agar kita dapat menjadi seperti satu tubuh yang sempurna. Tubuh yang saling memperlengkapi antara satu sama lain dan menjadi 'tubuh' yang sempurna.

Semoga apa yang anda cari-cari dapat ditemukan di Keterangan Hidup dan KH (Keterangan Hidup) berharap anda terus bersama-sama dengan KH dan menantikan banyak lagi perkongsian yang menambahkan lagi keterangan hidup saudara dan saudari.

Keterangan Hidup..

Thursday, August 12, 2010

Ditelan Pahit Dibuang Sayang

Tentu ada ramai di antara kita yang pernah mendengar pepatah yang mengatakan bahawa orang yang mempunyai kepahitan dalam hati atau kebencian, adalah seperti orang yangmeminum racun tetapi mahukan orang lain pula mati. Kita mungkin ketawa mendengar pepatah ini tetapi inilah kebenaran apabila andamenyimpan kepahitan dan kebencian terhadap orang lain. Sigmund Freud,seorang pakar psycoanalisis mendefinasikan kebencian sebagai,keadaan ego seseorang yang ingin menghancurkan sumber ketidakegembiraannya.

Pernah sekali saya membaca tentang kebencian yang ditulis oleh seorang pakar neurologi. Mereka telahmembuat kajian tentang apa yang akan berlaku dalam otak manusia apabila perasaan benci memuncak. Mereka telah menggunakan prosedur‘Functional Magnetic Resonance Imaging (fMRI)’, di mana merekaakan mengimbas otak sambil melihat gambar orang yang mereka benci.Keputusan menunjukkan bahawa aktiviti otak akan meningkat di bahagian‘frontal gyrus’, putamen, ‘premotor cortex’, dan ‘frontalpole’. Apa yang ingin saya ingin tunjukkan ialah memang adanya sesuatu yang sedang berlaku ketika seseorang mempunyai perasaan benci, walaupun ia sering tidak muncul atau memberi kesan terhadap bahagian luaran badan kita. Ia sudah tentu banyak memberi kesan kepada pemikiran kita.

Apakah faedah membenci dan menyimpan kepahitan?

Hanya satu jawapan yang saya dapatberikan:

MEMANG TIDAK ADA

Meyimpan perasaan atau emosi seperti ini tidak membawa apa-apa faedah kepada sesiapapun. Ia hanya mendatangkan keburukan, bukan sahaja kepada kita namun kepada orang di sekeliling kita. Ia akan membakar diri anda sendiri jika anda melayan perasaan seperti itu. Pemerhatian saya tentang pertumbuhankebencian adalah, pada mulanya ia berasal dari hati dan hanyaterbentuk sebagai satu fikiran atau emosi. Tetapi kalau ia terus dibiarkan, ia akan berkembang dan mempengaruhi kelakuan kita.Akhirnya kita akan bertindak mengikut perasaan benci itu. Terdapat banyak kejadian yang berlaku kerana kepahitan dan kebencian yang telah disimpan dalam hati. Pembunuhan, penipuan, rasuah dan banyak lagi perkara yang orang lakukan kerana kepahitan dan kebencian. Semuaini telah lama bermain dalam fkiran dan akhirnya menjadi perbuatan.

Saya sangat percaya bahawa semua orang mengetahui kebencian dan kepahitan tidak membawa apa-apa manfaat namun masih ramai yang melayan perasaan mereka. Sebab inilah saya mengatakan ‘ditelan pahit, dibuang sayang’. Kerana walaupun pada mulanya ia menyakitkan hati kita jika ia terus dilayani, lama kelamaan ia akan menjadi sebahagian daripada diri kita, malah kita akan menikmati perasaan benci dan dendam itu.

Kasih

Salah satu perkara yang saya yakin akan membawa hasil bagi melawan perasaan benci dan dendam adalah memupuk sikap saling mengasihi dan saling memaafkan mereka yang melukai kita. Biarkan kasih itu terus memenuhi diri anda. Namun, kasih haruslah sentiasa disusuli oleh perbuatan. Daripada berfikir tentang perkara tidak baik atau melayani perasaan benci dan kepahitan, adalah lebih baik berfikir tentang semua yang benar,semua yang mulia, semua yang adil, semua yang suci, semua yang manis,semua yang sedap didengar, semua yang disebut kebaikan dan yang terpuji. Ia seperti sesuatu yang mustahil bukan? Tetapi percayalah,tenaga dan keupayaan yang disia-siakan apabila memikirkan dan melayan perasaan benci dan dendam boleh digantikan (dengan kuasa Tuhan)denganmemikirkan tentang apa yang membawa manfaat bukan sahaja kepada kita,malah kepada sesiapa sahaja. Dengan itu, permusuhan dan kegiatan membalas dendam tidaklah akan menjadi satu kebingungan di dalam hatianda lagi. Anda akan memperolehi kesejahteraan dan kebahagiaan yanganda impikan selama ini.

Teruslah bersama blog ini untuk mendapat pedoman praktikal yang boleh digunakan apabila anda berhadapan dengan keputusan untuk terus menyimpan benci dan dendam atau untuk melepaskannya sehinggakan orang yang melukakankamu itu , boleh dijadikan orang tersayang. Pada artikel seterusnya kita akan membincangkan bagaimana ia dapat dicapai.

No comments:

Post a Comment